Skip to main content

Adi Putra Fail Kes Perceraian Isteri Pertama


Pelakon Adi Putra dikatakan telah membuat permohonan cerai terhadap isteri pertamanya Zuhaidah Yusof, 42, pada 3 Mac lalu.

Menurut laporan Mingguan Malaysia, pelakon popular kelahiran Singapura itu telah pun membuat pendaftaran permohonan untuk bercerai dengan Zuhaidah atau Aida Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

“Dalam permohonan tersebut, Adi bertindak selaku plaintif, sementara Zuhaidah dinamakan sebagai defendan.

“Difahamkan, permohonan perceraian yang didaftarkan pada pada 3 Mac itu akan dise­but dalam masa 21 hari daripada tarikh pendaftaran di mahkamah yang sama,” jelas sumber berkenaan.

Sementara itu, ini bukan kali pertama pelakon berkenaan membuat permohonan untuk menfailkan percerai­annya dengan Aida yang sah menjadi isterinya pada 14 April 2006.

Terdahulu, pada 11 Mei 2012 Adi juga pernah membuat permohonan untuk bercerai bersama isteri pertamanya di mahkamah yang sama.

Ketika itu, Adi pernah memberitahu media bahawa dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

Bagaimanapun, sembilan hari selepas mendaftar permohonan untuk bercerai, pasangan itu mengambil keputusan untuk menarik semula permohonan setelah mereka berjaya menyelesaikan kemelut berkenaan ketika itu.

Pasangan yang sudah 11 tahun berkahwin ini kembali menjadi perbualan masyarakat setelah Adi memilih untuk berkahwin dengan isteri keduanya, Norshahida Dzolkifly, 33.

Perkahwinan secara rahsia pada 20 Jun 2016 itu pada awalnya dikatakan tidak diketahui oleh Aida, bagaimanapun tidak lama selepas itu isteri pertamanya memberitahu bahawa dia telah menerima takdir hidup bermadu.


Lagi kisah Adi Putra cerai di sini.





Comments

Popular posts from this blog

Red Giants Lebih Gah Dengan Jersi Baharu 2017

Skuad Selangor akan memakai jersi baru buat pertama kali pada perlawanan kelapan Liga Super 2017 . Majlis pelancaran jersi terbaru musim 2017 telah berlangsung di cawangan Al-Ikhsan berhampiran Plaza Tol Lebuhraya Persekutuan Batu 3 Shah Alam . Ia disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang baharu Dato Sri Subahan Kamal sambil disaksikan oleh Pengurus Besar Italia Sportivo Sdn Bhd. Frankie Ng dan Pengurus Besar Al Sports Sdn Bhd. Anwar Mamtaj.  Jersi berjenama Lotto itu didatangkan dengan 3 rekaan iaitu jersi utama berwarna merah, jersi kedua berwarna putih dan jersi ketiga berwarna hitam yang diperagakan bekas pemain Selangor. Dijual dengan harga RM129 setiap satu, jersi Selangor itu telah pun berada di pasaran sejurus selesai majlis pelancaran di cawangan-cawangan Al Ikhsan terpilih di sekitar Lembah Klang dan di gerai khas wakil pengedar FAS berhampiran kaunter tiket Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Sebagai penyokong setia Red Gia...

5 Item Fesyen Lelaki Mesti Ada Dalam Almari Anda

Buat lelaki, fesyen itu memainkan peranan dalam menonjolkan penampilan diri ketika berada di khalayak ramai. Namun, bagi seorang lelaki, berfesyen itu perlu mengikut tempat dan kesesuaiannya agar tidak terlalu galak atau mungkin lari dari konsep situasi dan masa. Setiap lelaki semestinya perlu tahu cara dan item yang mesti ada dalam gerobok fesyen mereka agar tidak ketinggalan zaman. EH! senaraikan 10 item fesyen lelaki yang mesti ada. 1.Kemeja Putih Berbutang Mengenakan kemeja putih berbutang tidak akan pernah buatkan anda lari dari tema. Tidak kira untuk majlis rasmi mahupun penggayaan kasual. Kemeja putih berbutang sentiasa buatkan anda kelihatan lebih maskulin. Tetapi pastikan ukuran dan saiz kemeja adalah sesuai dan terletak sempurna di badan anda agar ianya tampak lebih bergaya. Tidak terlalu ketat dan tidak pula terlalu longgar, itu prinsip pemakaian kemeja putih berbutang buat lelaki. 2.Kasut Hitam Kasut hitam sentiasa sesuai untuk kaum lelaki. Tidak kira untuk pen...