Skip to main content

Red Giants Lebih Gah Dengan Jersi Baharu 2017

Skuad Selangor akan memakai jersi baru buat pertama kali pada perlawanan kelapan Liga Super 2017. Majlis pelancaran jersi terbaru musim 2017 telah berlangsung di cawangan Al-Ikhsan berhampiran Plaza Tol Lebuhraya Persekutuan Batu 3 Shah Alam.


Ia disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang baharu Dato Sri Subahan Kamal sambil disaksikan oleh Pengurus Besar Italia Sportivo Sdn Bhd. Frankie Ng dan Pengurus Besar Al Sports Sdn Bhd. Anwar Mamtaj. 

Jersi berjenama Lotto itu didatangkan dengan 3 rekaan iaitu jersi utama berwarna merah, jersi kedua berwarna putih dan jersi ketiga berwarna hitam yang diperagakan bekas pemain Selangor. Dijual dengan harga RM129 setiap satu, jersi Selangor itu telah pun berada di pasaran sejurus selesai majlis pelancaran di cawangan-cawangan Al Ikhsan terpilih di sekitar Lembah Klang dan di gerai khas wakil pengedar FAS berhampiran kaunter tiket Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Sebagai penyokong setia Red Giants ramai-ramai kita beli produk original untuk menyokong persatuan dan pemain bolak sepak tempatan. Dengan setiap pembelian ini kita telah menyumbang kepada industri bola sepak negara secara tidak langsung. 






Comments

Popular posts from this blog

5 Item Fesyen Lelaki Mesti Ada Dalam Almari Anda

Buat lelaki, fesyen itu memainkan peranan dalam menonjolkan penampilan diri ketika berada di khalayak ramai. Namun, bagi seorang lelaki, berfesyen itu perlu mengikut tempat dan kesesuaiannya agar tidak terlalu galak atau mungkin lari dari konsep situasi dan masa. Setiap lelaki semestinya perlu tahu cara dan item yang mesti ada dalam gerobok fesyen mereka agar tidak ketinggalan zaman. EH! senaraikan 10 item fesyen lelaki yang mesti ada. 1.Kemeja Putih Berbutang Mengenakan kemeja putih berbutang tidak akan pernah buatkan anda lari dari tema. Tidak kira untuk majlis rasmi mahupun penggayaan kasual. Kemeja putih berbutang sentiasa buatkan anda kelihatan lebih maskulin. Tetapi pastikan ukuran dan saiz kemeja adalah sesuai dan terletak sempurna di badan anda agar ianya tampak lebih bergaya. Tidak terlalu ketat dan tidak pula terlalu longgar, itu prinsip pemakaian kemeja putih berbutang buat lelaki. 2.Kasut Hitam Kasut hitam sentiasa sesuai untuk kaum lelaki. Tidak kira untuk pen...

Honda BR-V Lebih Mesra Pengguna, Lebih Kompak Dan Mampu Milik

Honda kini lebih berani dengan mengeluarkan model SUV Kompak 7 tempat duduk diberi nama Honda BR-V yang menggunakan platform dan enjin 1.5L dari model MPV kompak Mobilio. Ianya merupakan pilihan kepada SUV HR-V untuk lebih ruang dan jumlah penumpang. Saiznya kecil sedikit dan lebih murah dari Model CR-V. Honda BR-V ini baharu sahaja dilancarkan di Malaysia pada 5 Jan 2017 . Ia merupakan model pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Honda, Pegoh, Melaka dan kini boleh dapati di kesemua cawangan sah Honda Malaysia di seluruh negara. Honda BR-V dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna bagi pasaran ASEAN dan India. Ia menggunakan enjin 1.5 liter i-VTEC dengan janaan kuasa 120 PS dan 145 Nm tork yang dipadankan dengan sistem transmisi Earth Dream CVT, sama seperti Honda City dan Jazz. Harga Dan Varian Honda BR-V Baru 2017 hadir dengan dua varian dengan 7 tempat duduk. Berikut adalah varian dan harga rasmi Honda BR-V Malaysia 2017. (Harga atas jalan termasuk insuran)...

Resipi Bujang Nasi Goreng Petai Sambal Bilis Pedas

Resipi bujang yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan tidak perlukan terlalu banyak bahan tapi dijamin sedap dan memikat. Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti : 1) 1 papan Petai 2) 1 biji Bawang Merah 3) 1 sudu Sambal Bilis Pedas 4) 3 senduk Nasi Putih 5) 2 sudu Minyak masak 6) 3 batang Kangkung Cara nak menyediakan resipi ini sangat mudah korang boleh tonton video ini sampai habis mesti menjadi. Mudah bukan dan cepat tapi yang pasti ia sangat sedap dan pedas meraung. Lepas ni boleh buat masak selalu kat rumah terutama untuk orang bujang yang sentiasa sibuk hari-hari. Banyak lagi video memasak masakan bujang di sini .