Skip to main content

5 Item Fesyen Lelaki Mesti Ada Dalam Almari Anda

Buat lelaki, fesyen itu memainkan peranan dalam menonjolkan penampilan diri ketika berada di khalayak ramai. Namun, bagi seorang lelaki, berfesyen itu perlu mengikut tempat dan kesesuaiannya agar tidak terlalu galak atau mungkin lari dari konsep situasi dan masa.


Setiap lelaki semestinya perlu tahu cara dan item yang mesti ada dalam gerobok fesyen mereka agar tidak ketinggalan zaman. EH! senaraikan 10 item fesyen lelaki yang mesti ada.

1.Kemeja Putih Berbutang

Mengenakan kemeja putih berbutang tidak akan pernah buatkan anda lari dari tema. Tidak kira untuk majlis rasmi mahupun penggayaan kasual. Kemeja putih berbutang sentiasa buatkan anda kelihatan lebih maskulin. Tetapi pastikan ukuran dan saiz kemeja adalah sesuai dan terletak sempurna di badan anda agar ianya tampak lebih bergaya. Tidak terlalu ketat dan tidak pula terlalu longgar, itu prinsip pemakaian kemeja putih berbutang buat lelaki.

2.Kasut Hitam

Kasut hitam sentiasa sesuai untuk kaum lelaki. Tidak kira untuk penggayaan kasual mahupun formal. Jeans, celana panjang khakis, segalanya sesuai untuk dikenakan bersama. Cuma yang penting pastikan kualiti kasut hitam tersebut adalah terbaik kerana pastinya anda akan menggunakannya agak lama.

3.Sneakers Putih

Ianya sesuai untuk penggayaan kala ke gim, kasual, kembara mahupun kala berjalan santai. Pilih sneakers putih yang stail dan tahan lasak serta selesa.

4. Tali Leher Hitam

Ianya antara item fesyen yang lelaki mesti ada. Ini kerana ianya mampu mengubah rupa dan gaya seseorang lelaki dalam sekelip mata biarpun anda menggunakan sut dan kemeja yang sama setiap kali.

5.Blazer Biru

Jika rutin harian menghalang anda untuk mengenakan sut, blazer biru adalah pilihan dari gerobok fesyen yang boleh anda gunakan kerana ianya akan membuatkan penampilan anda tampak kasual segak. Ianya helaian utama yang boleh anda suai padan dengan ceraian fesyen yang lain.






Comments

  1. Info yang menarik...terbaek....Untuk bergaya mestilah memilih fesyen yang sesuai.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Honda BR-V Lebih Mesra Pengguna, Lebih Kompak Dan Mampu Milik

Honda kini lebih berani dengan mengeluarkan model SUV Kompak 7 tempat duduk diberi nama Honda BR-V yang menggunakan platform dan enjin 1.5L dari model MPV kompak Mobilio. Ianya merupakan pilihan kepada SUV HR-V untuk lebih ruang dan jumlah penumpang. Saiznya kecil sedikit dan lebih murah dari Model CR-V. Honda BR-V ini baharu sahaja dilancarkan di Malaysia pada 5 Jan 2017 . Ia merupakan model pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Honda, Pegoh, Melaka dan kini boleh dapati di kesemua cawangan sah Honda Malaysia di seluruh negara. Honda BR-V dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna bagi pasaran ASEAN dan India. Ia menggunakan enjin 1.5 liter i-VTEC dengan janaan kuasa 120 PS dan 145 Nm tork yang dipadankan dengan sistem transmisi Earth Dream CVT, sama seperti Honda City dan Jazz. Harga Dan Varian Honda BR-V Baru 2017 hadir dengan dua varian dengan 7 tempat duduk. Berikut adalah varian dan harga rasmi Honda BR-V Malaysia 2017. (Harga atas jalan termasuk insuran)...

Resipi Bujang Nasi Goreng Petai Sambal Bilis Pedas

Resipi bujang yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan tidak perlukan terlalu banyak bahan tapi dijamin sedap dan memikat. Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti : 1) 1 papan Petai 2) 1 biji Bawang Merah 3) 1 sudu Sambal Bilis Pedas 4) 3 senduk Nasi Putih 5) 2 sudu Minyak masak 6) 3 batang Kangkung Cara nak menyediakan resipi ini sangat mudah korang boleh tonton video ini sampai habis mesti menjadi. Mudah bukan dan cepat tapi yang pasti ia sangat sedap dan pedas meraung. Lepas ni boleh buat masak selalu kat rumah terutama untuk orang bujang yang sentiasa sibuk hari-hari. Banyak lagi video memasak masakan bujang di sini .