Skip to main content

Honda BR-V Lebih Mesra Pengguna, Lebih Kompak Dan Mampu Milik

Honda kini lebih berani dengan mengeluarkan model SUV Kompak 7 tempat duduk diberi nama Honda BR-V yang menggunakan platform dan enjin 1.5L dari model MPV kompak Mobilio. Ianya merupakan pilihan kepada SUV HR-V untuk lebih ruang dan jumlah penumpang. Saiznya kecil sedikit dan lebih murah dari Model CR-V.


Honda BR-V ini baharu sahaja dilancarkan di Malaysia pada 5 Jan 2017. Ia merupakan model pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Honda, Pegoh, Melaka dan kini boleh dapati di kesemua cawangan sah Honda Malaysia di seluruh negara.

Honda BR-V dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna bagi pasaran ASEAN dan India. Ia menggunakan enjin 1.5 liter i-VTEC dengan janaan kuasa 120 PS dan 145 Nm tork yang dipadankan dengan sistem transmisi Earth Dream CVT, sama seperti Honda City dan Jazz.

Harga Dan Varian

Honda BR-V Baru 2017 hadir dengan dua varian dengan 7 tempat duduk. Berikut adalah varian dan harga rasmi Honda BR-V Malaysia 2017. (Harga atas jalan termasuk insuran) 

Honda BR-V Gred E - Harga RM85,800
Honda BR-V Gred V - Harga RM92,800 

Honda Malaysia menawarkan waranti selama lima-tahun dan tanpa had perbatuan serta tempoh servis diperpanjang kepada 10,000 km. Service penggunaan yang lebih dipercayai dan juga alat ganti yang lebih berkualiti.

Ciri-ciri baru dan menarik BR-V

  • Di bawah yang baharu tentang BR-V ini. Semoga informasi yang dikongsi ini mampu membantu dalam pemilihan kenderaan baharu anda nanti.
  • Honda BR-V direka di pusat R&D Honda Asia Pasifik di Thailand dan juga pusat R&D Honda di Indonesia.
  • Konsep BR-V dipertontonkan pertama kalinya di dunia semasa Pameran Automotif Antarabangsa Gaikindo Indonesia pada tahun 2015 (Careta berada di sana atas jemputan Honda Malaysia)
  • BR-V bermaksud Bold Runabout Vehicle. HR-V bermaksud Hip Runabout Vehicle dan CR-V bermaksud Comfortable Runabout Vehicle. Jepun memang unik dalam gaya penamaan produk mereka.
  • BR-V dibina khas untuk pasaran Asia Tenggara dan India.
  • Platform BR-V diasaskan dari platform yang sama digunakan oleh Honda Brio, Amaze dan Mobilio.





Comments

Popular posts from this blog

Red Giants Lebih Gah Dengan Jersi Baharu 2017

Skuad Selangor akan memakai jersi baru buat pertama kali pada perlawanan kelapan Liga Super 2017 . Majlis pelancaran jersi terbaru musim 2017 telah berlangsung di cawangan Al-Ikhsan berhampiran Plaza Tol Lebuhraya Persekutuan Batu 3 Shah Alam . Ia disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang baharu Dato Sri Subahan Kamal sambil disaksikan oleh Pengurus Besar Italia Sportivo Sdn Bhd. Frankie Ng dan Pengurus Besar Al Sports Sdn Bhd. Anwar Mamtaj.  Jersi berjenama Lotto itu didatangkan dengan 3 rekaan iaitu jersi utama berwarna merah, jersi kedua berwarna putih dan jersi ketiga berwarna hitam yang diperagakan bekas pemain Selangor. Dijual dengan harga RM129 setiap satu, jersi Selangor itu telah pun berada di pasaran sejurus selesai majlis pelancaran di cawangan-cawangan Al Ikhsan terpilih di sekitar Lembah Klang dan di gerai khas wakil pengedar FAS berhampiran kaunter tiket Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Sebagai penyokong setia Red Gia...

Resipi Bujang Nasi Goreng Petai Sambal Bilis Pedas

Resipi bujang yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan tidak perlukan terlalu banyak bahan tapi dijamin sedap dan memikat. Bahan-bahan yang digunakan adalah seperti : 1) 1 papan Petai 2) 1 biji Bawang Merah 3) 1 sudu Sambal Bilis Pedas 4) 3 senduk Nasi Putih 5) 2 sudu Minyak masak 6) 3 batang Kangkung Cara nak menyediakan resipi ini sangat mudah korang boleh tonton video ini sampai habis mesti menjadi. Mudah bukan dan cepat tapi yang pasti ia sangat sedap dan pedas meraung. Lepas ni boleh buat masak selalu kat rumah terutama untuk orang bujang yang sentiasa sibuk hari-hari. Banyak lagi video memasak masakan bujang di sini .

Adi Putra Fail Kes Perceraian Isteri Pertama

Pelakon Adi Putra dikatakan telah membuat permohonan cerai terhadap isteri pertamanya Zuhaidah Yusof, 42, pada 3 Mac lalu. Menurut laporan Mingguan Malaysia, pelakon popular kelahiran Singapura itu telah pun membuat pendaftaran permohonan untuk bercerai dengan Zuhaidah atau Aida Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. “Dalam permohonan tersebut, Adi bertindak selaku plaintif, sementara Zuhaidah dinamakan sebagai defendan. “Difahamkan, permohonan perceraian yang didaftarkan pada pada 3 Mac itu akan dise­but dalam masa 21 hari daripada tarikh pendaftaran di mahkamah yang sama,” jelas sumber berkenaan. Sementara itu, ini bukan kali pertama pelakon berkenaan membuat permohonan untuk menfailkan percerai­annya dengan Aida yang sah menjadi isterinya pada 14 April 2006. Terdahulu, pada 11 Mei 2012 Adi juga pernah membuat permohonan untuk bercerai bersama isteri pertamanya di mahkamah yang sama. Ketika itu, Adi pernah memberitahu media bahawa dia dan isterinya telah mengambil kep...