Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Adi Putra Fail Kes Perceraian Isteri Pertama

Pelakon Adi Putra dikatakan telah membuat permohonan cerai terhadap isteri pertamanya Zuhaidah Yusof, 42, pada 3 Mac lalu. Menurut laporan Mingguan Malaysia, pelakon popular kelahiran Singapura itu telah pun membuat pendaftaran permohonan untuk bercerai dengan Zuhaidah atau Aida Yusof di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. “Dalam permohonan tersebut, Adi bertindak selaku plaintif, sementara Zuhaidah dinamakan sebagai defendan. “Difahamkan, permohonan perceraian yang didaftarkan pada pada 3 Mac itu akan dise­but dalam masa 21 hari daripada tarikh pendaftaran di mahkamah yang sama,” jelas sumber berkenaan. Sementara itu, ini bukan kali pertama pelakon berkenaan membuat permohonan untuk menfailkan percerai­annya dengan Aida yang sah menjadi isterinya pada 14 April 2006. Terdahulu, pada 11 Mei 2012 Adi juga pernah membuat permohonan untuk bercerai bersama isteri pertamanya di mahkamah yang sama. Ketika itu, Adi pernah memberitahu media bahawa dia dan isterinya telah mengambil kep

Perkara Yang Isteri Harus Buat Untuk Menambat Hati Suami

Tahun-tahun pertama perkahwinan adalah tempoh paling bahagia bagi pasangan suami isteri, namun dengan selarinya peredaran waktu, kasih sayang yang dirasakan selama ini dirasakan semakin memudar. Ada isteri yang merasakan suaminya sudah tidak menyayanginya lagi. Tidak, jangan melulu menyalahkan suami. Mungkin anda jugalah penyebabnya. Mari kita semak kembali apa yang kebanyakan suami sukakan dan mahukan daripada isterinya. Berikut adalah 17 perkara yang isteri perlu beri perhatian dalam menambat hati suami: 1. Mengambil berat tentang penampilan suami Ada suami gemar diberi perhatian akan hal-hal remeh yang berkaitan dengan dirinya. Dia akan senang jika isterinya mencadangkan baju apa hendak dipakai, mengenakan kancing bajunya, mengemaskan tali lehernya, mengelap kasutnya, memotong kukunya dan sebagainya. Walaupun suami anda bukan jenis yang begini, tiada salahnya anda mencuba dan lihat kesukaannya. Dari situ anda akan mengetahui apakah suami anda jenis suka dimanja

5 Item Fesyen Lelaki Mesti Ada Dalam Almari Anda

Buat lelaki, fesyen itu memainkan peranan dalam menonjolkan penampilan diri ketika berada di khalayak ramai. Namun, bagi seorang lelaki, berfesyen itu perlu mengikut tempat dan kesesuaiannya agar tidak terlalu galak atau mungkin lari dari konsep situasi dan masa. Setiap lelaki semestinya perlu tahu cara dan item yang mesti ada dalam gerobok fesyen mereka agar tidak ketinggalan zaman. EH! senaraikan 10 item fesyen lelaki yang mesti ada. 1.Kemeja Putih Berbutang Mengenakan kemeja putih berbutang tidak akan pernah buatkan anda lari dari tema. Tidak kira untuk majlis rasmi mahupun penggayaan kasual. Kemeja putih berbutang sentiasa buatkan anda kelihatan lebih maskulin. Tetapi pastikan ukuran dan saiz kemeja adalah sesuai dan terletak sempurna di badan anda agar ianya tampak lebih bergaya. Tidak terlalu ketat dan tidak pula terlalu longgar, itu prinsip pemakaian kemeja putih berbutang buat lelaki. 2.Kasut Hitam Kasut hitam sentiasa sesuai untuk kaum lelaki. Tidak kira untuk pen

Honda BR-V Lebih Mesra Pengguna, Lebih Kompak Dan Mampu Milik

Honda kini lebih berani dengan mengeluarkan model SUV Kompak 7 tempat duduk diberi nama Honda BR-V yang menggunakan platform dan enjin 1.5L dari model MPV kompak Mobilio. Ianya merupakan pilihan kepada SUV HR-V untuk lebih ruang dan jumlah penumpang. Saiznya kecil sedikit dan lebih murah dari Model CR-V. Honda BR-V ini baharu sahaja dilancarkan di Malaysia pada 5 Jan 2017 . Ia merupakan model pemasangan tempatan (CKD) dari kilang Honda, Pegoh, Melaka dan kini boleh dapati di kesemua cawangan sah Honda Malaysia di seluruh negara. Honda BR-V dibangunkan untuk memenuhi keperluan pengguna bagi pasaran ASEAN dan India. Ia menggunakan enjin 1.5 liter i-VTEC dengan janaan kuasa 120 PS dan 145 Nm tork yang dipadankan dengan sistem transmisi Earth Dream CVT, sama seperti Honda City dan Jazz. Harga Dan Varian Honda BR-V Baru 2017 hadir dengan dua varian dengan 7 tempat duduk. Berikut adalah varian dan harga rasmi Honda BR-V Malaysia 2017. (Harga atas jalan termasuk insuran)

Red Giants Lebih Gah Dengan Jersi Baharu 2017

Skuad Selangor akan memakai jersi baru buat pertama kali pada perlawanan kelapan Liga Super 2017 . Majlis pelancaran jersi terbaru musim 2017 telah berlangsung di cawangan Al-Ikhsan berhampiran Plaza Tol Lebuhraya Persekutuan Batu 3 Shah Alam . Ia disempurnakan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang baharu Dato Sri Subahan Kamal sambil disaksikan oleh Pengurus Besar Italia Sportivo Sdn Bhd. Frankie Ng dan Pengurus Besar Al Sports Sdn Bhd. Anwar Mamtaj.  Jersi berjenama Lotto itu didatangkan dengan 3 rekaan iaitu jersi utama berwarna merah, jersi kedua berwarna putih dan jersi ketiga berwarna hitam yang diperagakan bekas pemain Selangor. Dijual dengan harga RM129 setiap satu, jersi Selangor itu telah pun berada di pasaran sejurus selesai majlis pelancaran di cawangan-cawangan Al Ikhsan terpilih di sekitar Lembah Klang dan di gerai khas wakil pengedar FAS berhampiran kaunter tiket Stadium Majlis Perbandaran Selayang. Sebagai penyokong setia Red Giants